Tuesday, 14 October 2014

Warisan Arkeologi Lembah Lenggong

Pada 2 Julai 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyuran ini telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.
Tapak Warisan Arkeologi Lembah Lenggong terletak di Lenggong, Hulu Perak, Malaysia. Lembah ini merupakan kawasan yang disaliri oleh Sungai Lenggong dan ranting sungainya. Lembah Lenggong menjadi penting kerana pelbagai artifak sejarah ditemui seperti Perak Man. Kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal manusia yang paling awal diketahui di semenanjung Malaysia. 
Sepanjang berada di Tapak Arkeologi tersebut, terdapat banyak info-info menarik yang diketengahkan bagi mengenali warisan-warisan arkeologi yang ditemui dan turut di pamerkan di sana. Hal ini demikian kerana, Tapak Arkeologi ini merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak zaman Paleolitik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak (Perak Man), rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).


Penulis di pintu masuk Galeri Arkeologi Lembah Lenggong


 Dr. Sharifuddin iaitu pensyarah bersama sahabat penulis

Permainan yang dimainkan oleh manusia pada ketika itu



Penulis menunjukkan Warisan Arkelogi
Lembah Lenggong yang mendapat pengiktirafan dunia. (UNESCO)

Tapak galian



Sahabat penulis sedang melihat tayangan video mengenai penemuan Perak Man

Perak Man dikatakan mengalami kecacatan sejak lahir




Rangka Perak Man yang dipamerkan di Tapak Arkeologi Lembah Lenggong


Gambaran kehidupan masyarakat pada zaman tersebut
(menyalakan api)






1 comment:

  1. Tempat ni memang best. Kita dapat mengetahui tentang kewujudan Perak Man di Malaysia.

    ReplyDelete