Thursday, 23 October 2014

MENARA CONDONG

Assalamualaikum....hai semua, jom sama-sama melawat Menara Condong yang terletak di Negeri Perak...huhu nak tahu kenapa ia digelar sebagai Menara Condong? Sebab ia condongla kan :p  hihi Menara Condong ni kalau kita lihat dari bawah, tak pula nampak condong, tapi kalau tengok dari jarak jauh, kecondongannya jelas tampak dan itulah yang menarik tentang Menara Condong. Ingin tahu lebih jelas tentang sejarah Menara Condong, bolehla dibaca pada gambar dibawah :D





Penulis di hadapan Menara Condong


Pintu masuk Menara Condong
Salah sebuah lukisan yang terdapat dalam Menara Condong

sahabat Penulis

Inilah bas kami..comelkan :p

Gambar struktur jam di Menara Condong

chakk chakk (snap pic dari tingkat atas)

Sahabat Penulis

Sahabat Penulis

snap pic dari bawah, (nampak macam
bertingkat-tingkat tapi 3 tingkat sahaja)


Sama-sama condong bersama Menara Condong




Pabila diamati, terlalu banyak tempat-tempat bersejarah yang belum diteroka lagi di Malaysia, bagi rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama mengenali sejarah bangsa kita sendiri dan berkongsi pengalaman bersama...pada masa akan datang...Inn Shaa Allah :)





Wednesday, 15 October 2014

Kesusasteraan dalam Multimedia
          Terima Kasih atas bimbingan Encik Ehsan, Encik Nik Fadzli dan Cik Atikah, akhirnya saya mampu menghasilkan Kalendar 2015 yang merupakan salah satu tugasan bagi subjek Kesusasteraan dalam Multimedia. Pendedahan ilmu dalam bidang multimedia mampu menarik minat saya untuk lebih mendalami setiap apa yang diajar. Inn Shaa Allah.



KALENDAR 2015


















Setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah subjek Kesusasteraan dalam Multimedia iaitu
 Prof. Madya Dr. Normaliza binti Abd Rahim




Tuesday, 14 October 2014

Warisan Arkeologi Lembah Lenggong

Pada 2 Julai 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyuran ini telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.
Tapak Warisan Arkeologi Lembah Lenggong terletak di Lenggong, Hulu Perak, Malaysia. Lembah ini merupakan kawasan yang disaliri oleh Sungai Lenggong dan ranting sungainya. Lembah Lenggong menjadi penting kerana pelbagai artifak sejarah ditemui seperti Perak Man. Kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal manusia yang paling awal diketahui di semenanjung Malaysia. 
Sepanjang berada di Tapak Arkeologi tersebut, terdapat banyak info-info menarik yang diketengahkan bagi mengenali warisan-warisan arkeologi yang ditemui dan turut di pamerkan di sana. Hal ini demikian kerana, Tapak Arkeologi ini merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak zaman Paleolitik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak (Perak Man), rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).


Penulis di pintu masuk Galeri Arkeologi Lembah Lenggong


 Dr. Sharifuddin iaitu pensyarah bersama sahabat penulis

Permainan yang dimainkan oleh manusia pada ketika itu



Penulis menunjukkan Warisan Arkelogi
Lembah Lenggong yang mendapat pengiktirafan dunia. (UNESCO)

Tapak galian



Sahabat penulis sedang melihat tayangan video mengenai penemuan Perak Man

Perak Man dikatakan mengalami kecacatan sejak lahir




Rangka Perak Man yang dipamerkan di Tapak Arkeologi Lembah Lenggong


Gambaran kehidupan masyarakat pada zaman tersebut
(menyalakan api)