Tuesday, 16 December 2014






 Assalamualaikum...ni laa video One Stop Motion yang dapat saya hasilkan hehe walaupun nampak biasa dan tiada apa-apa namun banyak mesej yang tersirat. Sesungguhnya saya belajar sesuatu melalui persahabatan, perlukan kejujuran dan saling percaya antara satu sama lain. Inn Shaa Allah semua akan ok. :) Hope everybody will enjoy this simple vid muahaahaa

Selain tu, vid One Stop Motion ni pada mulanya saya anggap susahla nak hasilkan biasalah mindset huhu rupanya setelah dilakukan sendiri sememangnya berpuas hati dan rupanya dapat juga saya buat setelah dapat idea yang agak pelik ni hihi (guna pengepit baju pun boleh) hahaha ok bai itu saja...:p


#Terima Kasih pernah menjadi sahabat saya...Alhamdulillah :) #


Friday, 12 December 2014





Assalamualaikum semua, inilah video terakhir yang kami hasilkan untuk sastera multimedia..seronok berdokumentari untuk MAHA 2014...(banyak tester wooo hehehe..-kenyang perut suka hatii).
sebenarnya inilah pengalaman baru dalam menghasilkan dokumentari dan merupakan pembelajaran terbaik sepanjang hidup untuk berkomunikasi dengan orang lain yang kita tak pernah kenal,,apa-apa pun semua pengunjung dan peniaga memang sporting dan sangat memberikan kerjasama untuk kami menjayakan tugasan ini...:)

#Throwback

aSSalamualaikum, ni video yang kali keberapa ntah hihi, video ni idea yaat, salah sorang ahli Citra Production, video ni dilakonkan pada malam hari, masa tu dah jam 11 sebab nak pastikan laluan ke kolej serumpun tu lengang dan sunyi. Masa ni mencabar juga sebab dah la malam jumaat lepas tu boleh pulak pilih lokasi dekat tepi kubur hihihi apa-apa pun diorang ni cool je..sesungguhnya kami sayangkan kelas multimedia dan apa sahaja yang dilakukan adalah untuk merealisasikan tugasan Citra Production..ooo our lovely Prof. we begged u to give us an A for this subject hehehe :)  


#flashback the scariest voice of ponti huahuahua...#



Assalamualaikum...haaa kalau nak tau ni part yang paling mencabar untuk video multimedia ni, hehe sebab perlu ada keberanian laa...giteww haaa :p masa ni ila khayla jadi budak kiut yang kena kacau dik antu makcik cleaner ni..muka dia,gaya dia memang seramm weii, boleh grab title pelakon terbaik hehe...

video ni sebenarnya dipetik dari kisah sebenar cuma kita ubah jadi lain sikit laa, papepun terbaiklaa  membe kitorang ni betul2 menjiwai watak makcik cleaner ni...walawehh dear kak wani....tabikk springgggg... :D

#throwback video SERAM....#






Hai semua...memang tak duduk diam kann, (video je kami, kami je video) hihii ni video paling cute laa orang kata sebab bila tengok tu kita fokus je kat teddies ni...sebenarnya inilah realiti kehidupan, tak semua yang kita inginkan kita akan miliki, jadi kena sentiasa bersedia untuk menerima dugaan walau apa pun terjadi..kalau tak tahu apa makna redha, jangan nak masuk kelas Sastera Multimedia hehe..

#flashback-(video fokus)






Assalamualaikum...ni video kedua yang aku rasa macam penyanyi dah...(feeling like the real singer), hehehe ila khayla jadi najwa latif, serius seronok sangat, terima kasih sebab percayakan saya haha.. :D #throwback




Assalamualaikum hai semua....ni adalah video pertama bagi Citra Production untuk kelas Sastera Multimedia...hihi nampak macam poyoo je kan tapi ni la kenangan paling best, video pertama kut, pengalaman pertama laa untuk subjek ni...macam santekk je macam cool je kan :) actually memang cool pun...

Thursday, 23 October 2014

MENARA CONDONG

Assalamualaikum....hai semua, jom sama-sama melawat Menara Condong yang terletak di Negeri Perak...huhu nak tahu kenapa ia digelar sebagai Menara Condong? Sebab ia condongla kan :p  hihi Menara Condong ni kalau kita lihat dari bawah, tak pula nampak condong, tapi kalau tengok dari jarak jauh, kecondongannya jelas tampak dan itulah yang menarik tentang Menara Condong. Ingin tahu lebih jelas tentang sejarah Menara Condong, bolehla dibaca pada gambar dibawah :D





Penulis di hadapan Menara Condong


Pintu masuk Menara Condong
Salah sebuah lukisan yang terdapat dalam Menara Condong

sahabat Penulis

Inilah bas kami..comelkan :p

Gambar struktur jam di Menara Condong

chakk chakk (snap pic dari tingkat atas)

Sahabat Penulis

Sahabat Penulis

snap pic dari bawah, (nampak macam
bertingkat-tingkat tapi 3 tingkat sahaja)


Sama-sama condong bersama Menara Condong




Pabila diamati, terlalu banyak tempat-tempat bersejarah yang belum diteroka lagi di Malaysia, bagi rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama mengenali sejarah bangsa kita sendiri dan berkongsi pengalaman bersama...pada masa akan datang...Inn Shaa Allah :)





Wednesday, 15 October 2014

Kesusasteraan dalam Multimedia
          Terima Kasih atas bimbingan Encik Ehsan, Encik Nik Fadzli dan Cik Atikah, akhirnya saya mampu menghasilkan Kalendar 2015 yang merupakan salah satu tugasan bagi subjek Kesusasteraan dalam Multimedia. Pendedahan ilmu dalam bidang multimedia mampu menarik minat saya untuk lebih mendalami setiap apa yang diajar. Inn Shaa Allah.



KALENDAR 2015


















Setinggi-tinggi penghargaan buat pensyarah subjek Kesusasteraan dalam Multimedia iaitu
 Prof. Madya Dr. Normaliza binti Abd Rahim




Tuesday, 14 October 2014

Warisan Arkeologi Lembah Lenggong

Pada 2 Julai 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Warta pemasyuran ini telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO.
Tapak Warisan Arkeologi Lembah Lenggong terletak di Lenggong, Hulu Perak, Malaysia. Lembah ini merupakan kawasan yang disaliri oleh Sungai Lenggong dan ranting sungainya. Lembah Lenggong menjadi penting kerana pelbagai artifak sejarah ditemui seperti Perak Man. Kawasan ini merupakan kawasan tempat tinggal manusia yang paling awal diketahui di semenanjung Malaysia. 
Sepanjang berada di Tapak Arkeologi tersebut, terdapat banyak info-info menarik yang diketengahkan bagi mengenali warisan-warisan arkeologi yang ditemui dan turut di pamerkan di sana. Hal ini demikian kerana, Tapak Arkeologi ini merupakan tapak arkeologikal di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak zaman Paleolitik telah ditemui. Tapak-tapak arkeologikal penting termasuk Kota Tampan, Bukit Jawa di Kampung Gelok dan Kampung Temelong. Penemuan arkeologikal paling terkenal di Lenggong adalah Orang Perak (Perak Man), rangka peninggalan berusia 11,000 tahun yang ditemui pada 1990. Peralatan batu berusia 100,000 tahun telah digali dekat Kampung Geluk dan Kampung Temelong. Di sana telah telah ditemui bukti bahawa Gua Harimau merupakan tapak penghasilan peralatan gangsa semasa Zaman Gangsa. Terdapat juga Muzium Arkeologi Lenggong di Kota Tampan di mana artifak yang digali dari kawasan sekitar dipamerkan. Muzium itu terletak dalam lingkungan satu ladang kelapa sawit di jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik (atau Grik).


Penulis di pintu masuk Galeri Arkeologi Lembah Lenggong


 Dr. Sharifuddin iaitu pensyarah bersama sahabat penulis

Permainan yang dimainkan oleh manusia pada ketika itu



Penulis menunjukkan Warisan Arkelogi
Lembah Lenggong yang mendapat pengiktirafan dunia. (UNESCO)

Tapak galian



Sahabat penulis sedang melihat tayangan video mengenai penemuan Perak Man

Perak Man dikatakan mengalami kecacatan sejak lahir




Rangka Perak Man yang dipamerkan di Tapak Arkeologi Lembah Lenggong


Gambaran kehidupan masyarakat pada zaman tersebut
(menyalakan api)