Saturday, 3 January 2015



The Best Part vs The Worst Part Ever

Alkisah pada tanggal 23 Disember 2014, aku seorang pelajar final year student dah jilid tesis..huhu siapa yang tak hepi kann, Hoorayyyy nak melompatt girang masa ni jugak hehe..:p




























 tapi apa yang korang tak tau pada masa yang sama aku juga turut terkesima memikirkan keadaan orang tua dikampung yang bergelut dengan banjir besar. Opss sebelum nak panjangkan kisah, kampungku di Kuala Krai, Kelantan dimana kampung yang paling teruk terkena banjir, hampir semua rumah tinggal tapak, kejadian masa tu seolah-olah Tsunami dan sememangnya digelar Tsunami sungai, namun Alhamdulillah tiada korban jiwa dalam kejadian banjir ni, atukku kata, sepanjang hidup beliau selama 67 tahun ini adalah banjir yang paling besar pernah berlaku dan beliau juga sangat terkejut dan trauma dengan kejadian ini. selama tiga hari juga lah mangsa banjir dikampungku termasuk ummi dan abah serta kaum kerabat dan orang kampung terpaksa bermalam di atas bukit depan rumah. Inilah satu-satunya bukit yang mampu mereka berlindung ketika saat getir ini. terdapat kisah yang ingin aku kongsikan bersama, melalui sms yang kuterima daripada kakakku yang juga mangsa banjir,  


to be continue......

TINTA TERAKHIR

Assalamualaikum w.b.t.







     Sepanjang 3 tahun setengah bergelar pelajar di Universiti Putra Malaysia, kini sudah sampai masanya menghabiskan saki-baki bersama sahabat seperjuangan, pejam celik-pejam celik rupanya tak lama 3tahun tu, rasa macam semalam kami baru mengucapkan salam perkenalan dan hari ini tibalah masa mengucapkan salam perpisahan. :(
tika bersama pelbagai suka duka kami tempuhi bersama, suka duka, tangis tawa itu perkara biasa bagi pelajar macam kami. setiap sem adalah waktu-waktu yang perlu dipenuhi dengan kenangan demi kenangan yang mungkin akan diingati sampai bila-bila.

    Pada saya, setiap kuliah yang dihadiri merupakan kuliah yang memberikan banyak pengalaman dan pengajaran yang amat bermakna buat diri, semuanya memberikan ingatan yang sehingga kini terpahat utuh disanubari, begitu juga halnya dengan kelas Sastera Dalam Multimedia yang juga antara kelas 'Pebret' sepanjang semester 7, mungkin kerna ini merupakan gaya pembelajaran yang baru dan 'fun' bagi saya. Ianya bukanlah subjek yang membosankan malahan mampu buat diri rasa best. hihi :D Terima kasih pada Dr. North alias Dr. Normaliza yang selalu memberikan tunjuk ajar pada kami semua, marah marah sayang itu biasalah kann hehehe :p selain tu, pada abg nik, encik ehsan dan kak ika yang selalu ada untuk menegur yang salah dan yang paling best dapat key chain dari Bruneii...huhu lain kali bolehlaa ajak kami fly ke Brunei bila berkesempatan..Inn Shaa Allah yep hehehe...:) 

     Bagi rakan satu batch, andalah sahabat, kawan, keluarga besar yang saya ada dikala susah dan senang sepanjang stay kat sini (UPM), kita sudah ibarat 'cubit peha kiri paha kanan terasa' so sapa yang nak usik watch ur step haha nanti ada yang nak makan kaki abang2 sastera. huhu kita boleh juga diibaratkan aur dan tebing, hihi walau apa pun kita tak dapat dipisahkan, puisi tetap menjadi sahabat pena tika hepi jua sedih. :) :(  

   Akhir kata, siapa pun kita nanti, ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk kann:p Allahumma Aminn kita mampu menjadi yang terbaik..moga apa juga pilihan yang kalian pilih selepas ini, saya doakan kalian berjaya dan dirahmati ALLAH selalu.. peace yoo..:)